Mengapa Al-Qur'an Tak Menyebut-Nyebut Dajjal - Mungkin orang akan bertanya, jika sekiranya Dajjal dan Ya'juj wa-Ma'juj
adalah dua sebutan yang berlainan untuk menamakan satu bangsa, mengapa
Al-Qur'an hanya menyebutkan nama Ya'juj wa--Ma'juj saja, dan tak sekali-kali
menyebutkan nama Dajjal? Sebabnya ialah bahawa kata Dajjal, sebagaimana kami
terangkan di atas, ertinya "pembohong" atau "penipu", dan
tak seorangpun suka disebut pembohong atau penipu, walaupun ia benar-benar
seorang pembohong atau penipu yang ulung.
Sebaliknya,
oleh kerana Ya'juj wa-Ma'juj itu nama suatu bangsa, maka tak seorangpun akan
merasa keberatan memakai nama itu. Bahkan sebenarnya, bangsa Inggeris sendiri
telah memasang patung Ya'juj wa-Ma'juj di depan Guildhall di London. Inilah
sebabnya mengapa Al-Qur'an hanya menggunakan nama Ya'juj wa-Ma'juj, dan tak
menggunakan nama Dajjal yang ertinya pembohong. Sebaliknya, kitab-kitab Hadits
menggunakan kata Dajjal, kerana nama Dajjal atau Anti Christ, dan
ramalan-ramalan yang berhubungan dengan ini, disebutkan dalam Kitab Suci yang
sudah-sudah. Oleh kerana itu, perlu sekali dijelaskan bagaimana terpenuhinya
ramalan-ramalan itu.
Selain itu,
kata Dajjal hanya menunjukkan satu aspek persoalan, yakni, kebohongan dan
penipuan yang dilakukan oleh bangsa itu, baik mengenai urusan agama, mahupun
mengenai urusan duniawi. Akan tetapi terlepas dari sifat-sifatnya yang buruk,
ada pula segi kebaikannya.
Dipandang dari
segi duniawi, kesejahteraan material mereka harus dipandang sebagai segi
kebaikan mereka. Itulah sebabnya mengapa dalam Hadits digambarkan, bahawa mata
Dajjal yang hanya satu, iaitu mata duniawi; gemerlap bagaikan bintang.
Al-Our'an juga menerangkan keahlian mereka dalam membuat barang-barang. Jadi
julukan Dajjal hanyalah sebahagian dari gambaran bangsa itu.
Dalam
Al-Qur'an, bangsa-bangsa Kristian disebut "para penghuni Gua dan
inskripsi" (18:9). Gambaran ini menggambarkan dua aspek sejarah agama
Kristian. "Para penghuni Gua" merupakan gambaran yang tepat bagi kaum
Kristian dalam permulaan sejarah mereka kerana pada waktu itu ciri khas mereka
yang paling menonjol ialah hidup dalam biara. Mereka meninggalkan sama sekali urusan
duniawi untuk mengabdikan sepenuhnya dalam urusan agama. Dengan perkataan lain,
mereka membuang dunia guna kepentingan agama.
Akan tetapi
pada zaman akhir, mereka digambarkan sebagai "Bangsa Inskripsi
(ar-raqimi)". Kata raqmun ertinya barang yang ditulis. Kata ini khusus
digunakan bagi harga yang ditulis pada barang-barang dagangan, seperti pakaian
dan sebagainya. Gambaran ini mengandungi erti penyerapan mereka yang amat
dalam, dalam urusan duniawi, fakta ini diuraikan dalam Al-Qur'an sbb: "Orang-orang
yang usahanya menderita rugi dalam kehidupan dunia ini" (18:104).
Jadi, bangsa
Kristian yang pada permulaan sejarah mereka membuang dunia untuk kepentingan
agama, tetapi pada zaman akhir, mereka membuang agama untuk kepentingan dunia;
oleh sebab itu, mereka dikatakan dalam Al-Qur'an sebagai "salah satu
petanda Kami yang mengagumkan" (18:9). Sabda Al-Qur'an tersebut di atas
adalah gambaran yang tepat tentang kecondongan mereka kepada kebendaan. Oleh
kerana dalam urusan duniawi, mereka lebih maju dari bangsa-bangsa lain, maka
bangsa lain itu mengikuti mereka secara membuta-tuli, kerana terpikat oleh
keuntungan-keuntungan duniawi yang dijamin oleh mereka.
Jadi,
bangsa-bangsa Kristian menyesatkan bangsa-bangsa lain di dunia, bukan saja
dengan pengertian yang salah tentang Putera Allah dan Penebusan dosa, melainkan
pula dengan cita-cita mengejar-ngejar kebendaan secara membuta-tuli, dengan
mengabaikan sama sekali nilai-nilai hidup yang lebih tinggi. Oleh kerana itu,
dalam Hadits, mereka diberi nama Dajjal, atau penipu ulung.
Labels:
Cerita Islam,
islam,
Tanda-tanda Hari kiamat
Thanks for reading Mengapa Al-Qur'an Tak Menyebut-Nyebut Dajjal?. Please share...!
0 Komentar untuk "Mengapa Al-Qur'an Tak Menyebut-Nyebut Dajjal?"