Dajjal Adalah Identik (Sama) Dengan Ya'juj Wa--Ma'juj - Segera setelah Al-Qur'an menerangkan
pertempuran satu sama lain antara Ya'juj wa-Ma'juj, ayat 102 menerangkan
persoalan Dajjal. "Apakah orang-orang kafir mengira bahawa mereka dapat
mengambil hamba-hamba-Ku sebagai pelindung di luar Aku?" (18:102). Ini
menunjukkan bahawa Al-Qur'an mempersamakan Dajjal dengan Ya'juj wa-Ma'juj.
Mereka diberi nama yang berlainan kerana mempunyai dua fungsi yang berlainan.
Adapun mengenai
identiti Ya'juj wa-Ma'juj para mufassir tak sama pendapatnya. Ibnu Katsir
berkata, bahawa Ya'juj wa-Ma'juj adalah keturunan Adam, dan pendapat ini
dikuatkan oleh Hadits Bukhari dan Muslim. Menurut kitab Ruhul-Ma'ani, Ya'juj
wa-Ma'juj adalah dua kabilah keturunan Yafits bin Nuh, yang bangsa Turki adalah
sebahagian dari mereka; mereka disebut Turki, kerana mereka "turiku"
(ditinggalkan) di sebelah sananya tembok. Selain itu, menurut uraian Al-Qur'an,
terang sekali bahawa mereka adalah sebangsa manusia, yang untuk
menghalang-halangi serbuan mereka, terpaksa dibangun sebuah tembok.
Adapun yang
kedua, Ya'juj wa-Ma'juj diuraikan dalam Al-Qur'an sbb : "Sampai tatkala
Ya'juj wa-Ma'juj dilepas, mereka akan mengalir dari tiap-tiap tempat
tinggi" (20:96). Ternyata bahawa yang dimaksud dengan kalimat
"mengalir dari tiap-tiap tempat yang tinggi" ialah bahawa mereka akan
menguasai seluruh dunia. Menilik cara Al-Qur'an menerangkan Ya'juj wa-Ma'juj
dalam dua tempat tersebut, terang sekali bahawa akan tiba saatnya Ya'juj
wa-Ma'juj mengalahkan sekalian bangsa di dunia. Dan terang pula bahawa pada
waktu Al-Qur'an diturunkan, Ya'juj wa--Ma'juj sudah ada, tetapi gerak-geri
mereka masih tetap terkekang sampai saat tertentu, yang sesudah itu, mereka
akan terlepas untuk menguasai seluruh dunia.
Labels:
Cerita Islam,
islam,
Tanda-tanda Hari kiamat
Thanks for reading Dajjal Identik dengan Ya'juj dan Ma'juj. Please share...!
0 Komentar untuk "Dajjal Identik dengan Ya'juj dan Ma'juj"