Dajjal Dan Ya'juj Wa-Ma'juj
Menurut Al-Qur'an - Kata Dajjal tak tertera dalam Al-Qur'an,
tetapi dalam Hadits sahih diterangkan, bahawa sepuluh ayat pertama dan sepuluh
ayat terakhir dari surat al-Kahfi melindungi orang dari fitnahnya Dajjal, jadi
menurut Hadits ini, Al-Quran memberi isyarat siapakah Dajjal itu. Mengenai hal
ini diterangkan dalam Kitab Hadits yang amat sahih sebagai berikut:
"Barang siapa hafal sepuluh ayat
pertama Surat Al-Kahfi, ia akan selamat dari (fitnahnya) Dajjal."
"Barang siapa membaca sepuluh ayat
terakhir dari surat Al-Kahfi, ia akan selamat dari (fitnahnya) Dajjal."
Boleh jadi, dalam menyebut sepuluh
ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir, itu yang dituju ialah seluruh
surat Al-Kahfi yang melukiskan ancaman
Nasrani yang beraspek dua, yang satu bersifat keagamaan, dan yang lain bersifat
keduniaan. Bacalah sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir surat
Al-Kahfi, anda akan melihat seterang-terangnya bahawa yang dibicarakan dalam dua
tempat itu adalah ummat Nasrani.
Mula-mula dihuraikan aspek
keagamaan, yang dalam waktu itu Nabi Muhammad dikatakan sebagai orang yang
memberi peringatan umum kepada sekalian manusia (ayat 2), lalu dikatakan sebagai
orang yang memberi peringatan khusus kepada ummat Nasrani (ayat 4), iaitu ummat
yang berkata bahawa Allah memungut anak laki-laki. Demikianlah bunyinya:
"Segala puji kepunyaan Allah Yang
menurunkan Kitab kepada hamba-Nya ..., ... agar ia memberi peringatan tentang
siksaan yang dahsyat dari Dia… dan ia memperingatkan orang-orang yang berkata
bahawa Allah memungut anak laki-laki." (18:1-4).
Terang sekali bahawa yang dituju
oleh ayat tersebut ialah ummat Nasrani, yang ajaran pokok agamanya ialah Tuhan
mempunyai anak laki-laki. Dalam sepuluh ayat terakhir surat Al-Kahfi dihuraikan
seterang--terangnya, bahawa ummat Nasrani mencapai hasil gemilang di lapangan
duniawi. Demikianlah bunyinya :
"Apakah orang-orang kafir mengira
bahawa mereka dapat mengambil hamba-Ku sebagai pelindung selain Aku?… Katakan
Apakah Kami beritahukan kepada kamu orang-orang yang paling rugi perbuatannya?
(Iaitu) orang yang tersesat jalannya dalam kehidupan dunia, dan mereka mengira
bahawa mereka adalah orang yang mempunyai keahlian dalam membuat barang-barang."
(18: 102-104).
Ini adalah gambaran tentang
bangsa-bangsa Barat yang diramalkan dengan kata-kata yang jelas. Membuat barang
adalah keahlian dan kebanggaan ummat Nasrani, dan ciri-khas inilah yang dituju
oleh ayat tersebut. Mereka berlomba-lomba membuat barang-barang, dan mereka
begitu sibuk dalam urusan ini, sehingga penglihatan mereka akan nilai-nilai
kehidupan yang tinggi, menjadi kabur sama sekali. Membuat barang--barang, sekali
lagi membuat barang-barang, adalah satu-satunya tujuan hidup mereka di dunia.
Jadi, sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir surat Al-Kahfi menerangkan dengan jelas
bahayanya ajaran Kristian tentang Putera Allah, dan tentang kegiatan
bangsa-bangsa Kristian di lapangan kebendaan, dan inilah yang dimaksud dengan
fitnahnya Dajjal.
Ya'juj wa-Ma'juj dihuraikan dua
kali dalam Al-Quran. Yang pertama dihuraikan dalam surah al-Kahfi, sehubungan
dengan huraian tentang gambaran Dajjal. Menjelang berakhirnya surah al-Kahfi,
dihuraikan tentang perjalanan Raja Dzul-Qarnain* ke berbagai jurusan untuk
memperkuat tapal-batas kerajaannya.
Ternyata bahawa menurut sejarah,
raja ini ialah raja Parsi yang bernama Darius I. Diterangkan dalam surah tersebut, bahawa perjalanan
beliau yang pertama, berakhir di laut Hitam. "Sampai tatkala ia mencapai hujung
yang paling Barat, ia menjumpai matahari terbenam dalam sumber yang berlumpur
hitam." (18:86). Ternyata bahawa yang dimaksud sumber yang berlumpur hitam ialah
Laut Hitam.
Selanjutnya dihuraikan dalam
surah tersebut, kisah
perjalanan beliau ke Timur "Sampai tatkala ia mencapai tempat terbitnya
matahari, ia menjumpai matahari terbit di atas kaum yang tak Kami beri
perlindungan dari (matahari) itu" (18:90). Selanjutnya dihuraikan tentang
perjalanan beliau ke Utara. "Sampai tatkala ia mencapai (suatu tempat) di antara
dua bukit" (18:93).
Yang dimaksud dua bukit ialah
pergunungan Armenia dan Azerbaijan. Dalam perjalanan ke Utara ini, raja
Dzul-Qarnain berjumpa dengan suatu kaum yang berlainan bahasanya, ertinya,
mereka tak mengerti bahasa Parsi. Kaum ini mengajukan permohonan kepada raja
Dzul-Qarnain sbb: "Wahai Dzul-Qarnain! Sesungguhnya Ya'juj wa-Ma'juj itu membuat
kerosakan di bumi. Bolehkah kami membayar ufti kepada engkau, dengan syarat
sukalah engkau membangun sebuah rintangan antara kami dan mereka" (18:94).
Selanjutnya Al-Qur'an menerangkan,
bahawa raja Dzul-Qarnain benar-benar membangun sebuah tembok** dan sehubungan
dengan itu, Al-Qur'an menyebut-nyebut besi dan tembaga sebagai bahan untuk
membangun pintu gerbang:
"Berilah aku tompokan besi, sampai
tatkala (besi) itu memenuhi ruangan di antara dua bukit, ia berkata: 'Bawalah ke
mari cairan tembaga yang akan kutuangkan di atasnya' (18:96). Dalam ayat 97
diterangkan, bahawa tatkala tembok itu selesai, mereka (Ya'juj wa-Ma'juj) tak
dapat menaiki itu, dan tak dapat pula melubangi itu. Dalam ayat 98, raja
Dzul-Qarnain menerangkan, bahawa bagaimanapun kuatnya, tembok ini hanya akan
berfaedah sampai jangka waktu tertentu, dan akhirnya tembok ini akan runtuh.
Lalu kita akan dihadapkan kepada peristiwa yang lain. "Dan pada hari itu, Kami
akan membiarkan sebahagian mereka (Ya'juj wa-Ma'juj) bertempur melawan
sebahagian yang lain" (18:99).
*[Kata Dzul-Qarnain makna aslinya
"mempunyai dua tanduk", tetapi dapat bererti pula "orang yang memerintah dua
generasi", atau, "orang yang memerintah dua kerajaan. Makna terakhir ini
diberikan oleh musafir besar Ibnu Jarir. Dalam kitab perjanjian lama, Kitab
Nabi Daniel, terdapat huraian tentang impian nabi Daniel, di mana ia melihat
seekor domba bertanduk dua. Impian itu ditafsirkan dalam al-Kitab dengan
kata-kata sebagai berikut: "Adapun domba jantan, yang telah kau lihat dengan
tanduk dua pucuk, iaitu raja Media dan Parsi, (Daniel 8:20). Di antara raja
Media dan Parsi, yang paling sesuai dengan gambaran Al-Quran, ialah raja Darius
I (521-485 sebelum Kristus).
Jewish Encyclopaedia menerangkan
sbb : "Darius adalah negarawan yang ulung. Peperangan yang beliau lakukan
hanyalah dimaksud untuk membulatkan tapal-batas kerajaannya, iaitu di Armenia,
Kaukasus, India, sepanjang gurun Turania dan dataran tinggi Asia Tengah".
Pendapat ini dikuatkan oleh Encyclopaedia Britannica sbb: "Tulisan yang diukir
dalam batu menerangkan bahawa raja Darius adalah pemeluk agama Zaratustra yang
setia. Tetapi beliau juga seorang negarawan yang besar. Pertempuran yang beliau
lakukan, hanyalah untuk memperolehi tapal-batas alam yang kuat bagi kerajaannya,
demikian pula untuk menaklukkan suku bangsa biadab di daerah perbatasan. Jadi,
raja Darius menaklukkan bangsa biadab di pegunungan Pontic dan Atmenia,dan
meluaskan kerajaan Parsia sampai Kaukasus"].
**[Rintangan atau tembok yang
dihuraikan di sini ialah tembok yang termasyhur di Derbent (atau Darband) yang
terletak di pantai Laut Caspean. Dalam kitab Marasidil - Ittila', kitab
ilmu-bumi yang termasyur, terdapat uraian tentang hal itu. Demikian pula dalam
kitabnya lbnu at-Faqih. Encyclopaedia Biblica menjelaskan tembok itu sbb
:.Derbent atau Darband adalah sebuah kota kerajaan Parsi di Kaukasus, termasuk
propinsi Daghistan, di pantai Barat laut Caspean… Di ujung sebelah Selatan,
terletak Tembok Kaukasus yang menjulang ke laut, yang panjangnnya 50 mil, yang
disebut Tembok Alexander…Tembok ini seluruhnya mempunyai ketinggian 29 kaki, dan
tebal ± 10 kaki; dan dengan pintu gerbangnya yang dibuat dari besi, dan
berpuluh-puluh menara-pengintai, merupakan pertahanan tapal-batas kerajaan Parsi
yang kuat].
Labels:
Cerita Islam,
islam,
Tanda-tanda Hari kiamat
Thanks for reading Dajjal Dan Ya'juj Wa-Ma'juj Menurut Al-Qur'an. Please share...!
0 Komentar untuk "Dajjal Dan Ya'juj Wa-Ma'juj Menurut Al-Qur'an"